Menteri Ai pertama didunia
AI merupakan singkatan kepada Artificial Intelligence (kecerdasan buatan) iaitu kemampuan mesin atau komputer untuk meniru tingkah laku serta pemikiran manusia.merujuk kepada kemampuan komputer untuk meniru tingkah laku manusia (boleh berfikir). AI adalah gabungan algoritma yang kompleks untuk membolehkan mesin melakukan tugas dan membuat keputusan macam manusia. Tidak mempunyai keinginan dan perasaan.
| Diella menteri AI pertama didunia |
TIRANA - Perdana Menteri Albania, Edi Rama memulakan pentadbiran penggal keempat selepas Parti Sosialis pimpinannya memenangi pilihan raya parlimen telah melantik menteri AI pertama di dunia bernama Diella. Diella adalah teknologi AI yang sebelum ini berfungsi sebagai pembantu maya di platform e-Albania.
Rama memperkenalkan Diella yang bermaksud 'matahari' dalam bahasa Albania ketika mesyuarat bersama Parti Sosialis pimpinannya. Diella janaan AI menyerupai seorang wanita yang mengenakan pakaian tradisiona Albania dilancarkan pada Januari 2025 merupakan anggota Kabinet pertama yang tidak wujud secara fizikal.
Tugas utamanya ialah mengawasi tender awam secara objektif dan telus bagi mengelakkan rasuah dan konflik kepentingan. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menyelia tender awam, sekali gus menjadikannya 100 peratus bebas rasuah.
Kerajaan Albania berharap pelantikan Diella akan membantu mempercepatkan proses reformasi untuk memenuhi piawaian Kesatuan Eropah (EU) dan meningkatkan ketelusan serta akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan.
JANGAN LUPA BACA ARTIKAL DIBAWAH😍😍😍
Comments
Post a Comment