GUNUNG TERTINGGI DIDUNIA


Gunung Everest

Gunung tertinggi di dunia ialah "Gunung Everest" dengan ketinggian 8848 meter(diukur dari paras laut). Terletak di banjaran gunung Himalaya. Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet Masyarakat Nepal mengenal gunung tersebut sebagai Sagarmatha ("ibu langit" atau "dahi langit" dalam bahasa Sanskrit) manakala masyarakat Tibet mengenali gunung tersebut sebagai Chomolangma atau Qomolangma ("ibu alam"), yang diserap  dari nama Cina 珠穆朗玛峰 (pinyin: Zhūmùlǎngmǎ Fēng). 

Andrew Waugh jeneral peninjau British di India menamakannya  'EVEREST'  secara rasmi pada 1865 sempena pendahulunya George Everest 

Pendaki pertama Mount Everest adalah Tenzing Norgay Sherpa dan Edmund Hillary Pada 29 Mei 1953.


Mayat pendaki 

Tidak dapat diielakkan tahap oksigen dan suhu  yang rendah, Cuaca yang ekstrim dan juga jurang-jurang yang berbahaya  mengakibatkan beberapa pendaki kehilangan nyawa. Malah keadaan puncak yang sukar didaki telah menyusahkan proses untuk membawa turun mayat di mana hampir semua mayat mereka yang telah terkorban dibiarkan di tempat asal kematian mereka,dan sesetengahnya dapat dilihat dengan jelas dari kawasan jalur pendakian yang biasa dilalui.

Secara umum,  ekspedisi Everest  bermula , dari memasuki  Nepal  atau  Tibet  hingga meninggalkan negara tersebut, memerlukan waktu sekitar  60 hari . Namun, ini tergantung pada pengalaman pendakian masing-masing individu, tahap fizikal, dan keadaan gunung pada saat itu.

Gunung Everest hanya boleh diakses dengan persedian fizikal dan mental yang kuat dan rapi. Disamping itu peralatan professional yang lengkap dan sesuai amat diperlukan bagi mengurangkan risiko yang bakal dihadapi.

JANGAN LUPA BACA ARTIKAL DIBAWAH😍😍😍



Comments

Popular posts from this blog

Menteri Ai pertama didunia

Jurang Paling Dalam didunia